dPerantauan

Catatan harian d dunia orang...

Tuesday, February 08, 2005

Tahun Baru, Fikrah dan Amal Baru!

Esok kita akan bertukar tahun. Satu lagi tahun bertambah. Dari 1425 ke 1426.

Mungkin ramai jugak yang tak perasan atau tak tahu tahun Hijrah dah tahun ke berapa. Maklumlah ianya bukan kalendar default. Tak glamere tu! Apa? Tahun 1426? Alaf ke berapa tu? Muharam? Aku tau Ramadhan dan Syawal. Tu je yang biasanya.

Inilah senario umat. Tanpa memahami latarbelakang deen sendiri, apalagi budaya luar yang menjadi budaya harian. Asal nampak budaya itu menjadi hip atau trendy, ikut saje lah, Labu! Ini budaya MTV, Britney punya sunnah. Eminem punya hadith. Ikut la beb!

Kalau kita tengok budaya barat sendiri, ianya berpandukan kepada kepercayaan purba Rom dan Greek. Hari yang kita guna harian umpamanya, adalah berdasarkan budaya dan kepercayaan Roma dan Greek. Greek dan Roma menjadikan kepercayaan mereka sebagai budaya mereka - berpaksikan kepada kepercayaan kepada tuhan yang lebih dari satu. Penyembahan idola menjadi tema!

Dr. Abu Ameenah Bilal Philips pernah menyebut dari mana datangnya hari-hari dalam minggu:
Saturday (Saturn's day - Tuhan Pertanian)
Sunday (Sun's day - Tuhan matahari)
Monday (Moon day - Hari Bulan)
Tuesday (Tiw's day - Tiw nama Tuhan Perang)
Wednesday (Wodnesdaeg - Woden, nama Tuhan Jerman)
Thursday (Thor - nama Tuhan Guruh)
Friday (Frid's day - Friag, nama isteri Woden)

Tahun hijrah yang sememangnya punya tema penyembahan/ubudiah pada ILlah yang Waheed harus menjadi titik perubahan bagi kita. Sebagaimana sahabat meninggalkan kampung halaman (dan segala-galanya) mereka ke suatu tempat yang baru (diberitakan Bilal menjadi demam kerana teramat rindu kepada Makkah), seharusnya kita juga strive untuk berubah ke arah yang lebih baik, dinamik dan produktif!

Moga 1426 menjadi tahun bermulanya kebangkitan ummat dalam segenap lapangan. Bermula dengan perubahan fikrah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home